Ubat Hati
Hazim adalah seorang budak lelaki berumur 15 tahun.
Pada pertengahan tahun 2008, dia disahkan menghidap kanser kelenjar (Hodgkin's Lymphoma), peringkat 3.Peringkat 4 bermaksud : bila-bila masa - terserah. Hazim tidak mengalah.
Dia melawan penyakit kansernya dengan semangat yang luar biasa. Hari ini Hazim bertarung dengan kesakitan pada setiap ketika. Morfin yang digunakan untuk meredakan kesakitannya kadangkala tidak memberi kesan.
Kasih ibu menenangkan dan memberikan Hazim kekuatan, dan kesabarannya yang tinggi menjadikan Hazim seorang manusia yang sangat istimewa.
Hazim pernah bertanyakan tentang kematian. Tetapi dia juga tetap mahu meneruskan pelajarannya. Dia ingin mengambil PMR pada tahun hadapan.
Cita-cita Hazim ingin menjadi seorang pemain bolasepak. Dia penyokong setia pasukan Selangor dan Chelsea. Dia tahu dalam permainan bolasepak ada pasukan yang menang dan ada yang kalah. Dalam hidup ini juga Hazim bertarung. Dengan kanser.
Dia mungkin kalah. Tapi dia tidak mungkin menyerah.