Cabaran
Panglima Gagah Berani (P.G.B.) merupakan pangkat yang kedua antara lima pangkat dalam darjah-darjah Gagah Perkasa.
P.G.B. dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa ketika berhadapan dengan musuh.
Mejar Jeneral (B) Datuk Abdul Kadir bin Nordin merupakan salah seorang anggota tentera yang dianugerahkan pingat P.G.B. Kisah keberanian beliau ditulis oleh Dr Syed Othman Syed Omar di dalam buku PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia: Penerima S.P (Seri Pahlawan) dan P.G.B.
Hari ini sudah ramai tidak tahu tentang pingat-pingat keberanian ini. Tetapi yang paling penting ialah kita dapat belajar dari pengalaman mereka yang telah melalui pahit getir perjuangan mempertahankan tanahair.